fbpx
Skip to content
SHIPPING NATIONWIDE
  • SHOP NOW
Login | Register
Beausiti
  • Home
  • Usahawan BeauSiti
    • Dropship SitiZen
    • Stokis SitiZen
  • Produk
  • Testimonial
  • Sertai SitiZen
  • Home
  • Usahawan BeauSiti
    • Dropship SitiZen
    • Stokis SitiZen
  • Produk
  • Testimonial
  • Sertai SitiZen
Search
Close this search box.
Media Coverage

Bersukan cara Siti Nurhaliza lepas tekanan, jaga kesihatan

Kuala Lumpur: Cukup minat bersukan, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43, memasang impian dapat menganjurkan acara sukan khas untuk artis suatu hari nanti.

Siti berkata, hasrat itu sebenarnya sudah dipendam lama kerana beliau tahu ramai dalam kalangan artis memiliki bakat sukan yang cukup mengagumkan.

“Sebelum ini saya pun pernah menyertai aktiviti sukan yang dibuat untuk rakan-rakan artis. Ramai sebenarnya rakan artis yang pandai bermain badminton, bola jaring, dan sebagainya.

“Ada bakat atlet dalam diri masing-masing, cuma tinggal kita tiada masa untuk menunjukkan bakat itu. InsyaAllah mana tahu saya akan buat acara sukan untuk artis suatu hari nanti,” katanya.

Penyanyi nombor satu negara itu ditemui sewaktu acara perlawanan badminton bersama bekas pemain profesional negara Tan Boon Heong di Shuttle in the Dark, Menara Berkembar Petronas, di sini, semalam.

Menurut Siti, beliau sangat seronok dapat terbabit dalam acara sebegitu yang baginya cara terbaik lepaskan tekanan serta menjaga stamina.

“Saya suka kalau dapat buat banyak aktiviti bersukan macam ini tapi itulah kadang-kadang masa. Kalau berpeluang, pasti saya rancang setiap bulan.

“Bersukan adalah satu daripada cara saya lepaskan tekanan dan dapatkan tubuh badan lebih sihat. Secara tak langsung, minda pun jadi lebih tenang lepas bersukan.

“Saya sebenarnya tak puas lagi main badminton dengan Tan Boon Heong. Tapi disebabkan ini majlis, jadi kita kena ikut aturcara yang disediakan.

“Mungkin selepas ini kita boleh buat lebih banyak aktiviti sukan badminton. Lagi pun aktiviti kita anjurkan ini hanya suka-suka saja,” katanya.

Tambah Siti, beliau sebenarnya seronok bila dapat berkumpul dan melihat ramai artis yang boleh dikata mempunyai latar belakang aktiviti sukan mengagumkan.

Mereka termasuk penyanyi baharu Syahmi Irfan yang turut ikut serta pada acara terbabit.

“Syahmi sendiri adalah junior pasukan badminton negara, cuma sekarang ini dia fokus bidang hiburan sebagai penyanyi. InsyaAllah lepas ini kita rancang untuk buat aktiviti bersukan dengan lebih ramai lagi artis,” katanya.

Pada acara itu, Siti turut mengumumkan Tan Boon Heong sebagai duta minuman sarang burung Beaunest keluaran Beausiti.

 


 

Sumber berita: Bersukan cara Siti Nurhaliza lepas tekanan, jaga kesihatan | Harian Metro (hmetro.com.my)

 

Post navigation

Previous Previous
Macam pro! Siti Nurhaliza tunjuk skil main badminton dengan jaguh negara, Tan Boon Heong… Jadikan sukan cara lepas tekanan
NextContinue
Siti wants to organise sports tournament for artistes
USAHAWAN BEAuSITI
  • Home
  • Dropship SitiZen
  • Stokis SitiZen
  • Produk
  • Testimonial
  • Sertai SitiZen
  • Home
  • Dropship SitiZen
  • Stokis SitiZen
  • Produk
  • Testimonial
  • Sertai SitiZen
BeauSiti®
  • Event
  • Brand Story
  • Beaukids x Famsy
  • TASTEmoni
  • BeauSiti 360
  • Reviews
  • Testimonials
  • Inquiry
  • Event
  • Brand Story
  • Beaukids x Famsy
  • TASTEmoni
  • BeauSiti 360
  • Reviews
  • Testimonials
  • Inquiry
Help Center
  • My Account
  • Order Tracking
  • FAQ
  • Shipping Delivery & Return
  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy
  • My Account
  • Order Tracking
  • FAQ
  • Shipping Delivery & Return
  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy
Stay in touch
Follow us on
Facebook Instagram Youtube

+6010-370 1594

cs.beausiti@gmail.com

BeauSiti Sdn. Bhd. 202001019972 (1376292-X)

L13A-21, Wangsa 118, No 8, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur

All prices in Malaysian Ringgit (RM / MYR). All prices above will subject to Malaysia Service Tax at 6% commencing 1 September 2018. The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by beausiti.my and while we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools, or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster, and safer experience and for advertising purposes. Use of this Site is subject to express terms of use. By using this site, you signify that you agree to be bound by these Universal Terms of Service.

Copyright © BeauSiti ® All rights reserved. Managed Service by LamanWeb.

Website Developed by : Malaysia's Top Web Designer - fidodesign.net
Login | Register
  • View Cart
  • Home
  • Dropship SitiZen
  • Stokis SitiZen
  • Produk
  • Testimonial
  • Sertai SitiZen
  • Home
  • Dropship SitiZen
  • Stokis SitiZen
  • Produk
  • Testimonial
  • Sertai SitiZen
Facebook Instagram Youtube
© BeauSiti® All rights reserved. [LamanWeb]