Seiring memenuhi gaya hidup aktif, sihat dan moden, BeauSiti dan WonderLab kini hadir dengan dua peoduk terbaru iaitu Beautéssence dan Beaunest yang bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran, bahkan juga untuk kesihatan. Sesuai dan dikhaskan bagi mereka yang ingin melengkapi kecantikan dan kesihatan mereka, Beautéssence merupakan produk minuman Botani No.1, manakala Beaunest merupakan Minuman Kesihatan Sarang Burung dengan Madu, Delima dan Kurma.
Beautéssence – Minuman Botani Dengan Teknologi Nutri-lock Dan Cerepron-F
Dengan adanya BeauSiti x WonderLab Beautéssence, ia melengkapi dirimu. Formula terbaharu Beautéssence terdapat 7 bahan aktif iaitu Cerepron-F, Kacip Fatimah, Puerarira Mirifica, Kolagen Peptida, Ekstrak Delima, Roselle , dan Aloe Vera yang diformulasikan khas untuk menyerlahlan kecantikan luaran dan dalaman. Bahan utama ini dapat diserap oleh badan dengan lebih efektif hasil teknologi Nutri-lock.
Kebaikan Advanced Formula Beautéssence dengan manfaat Cerepron-F dari Jepun dapat membantu mencerahkan kulit sehingga 2 tona lebih cerah dalam 60 hari sahaja! Beautéssence juga telah diuji oleh UNIPEQ UKM, makmal yang diiktiraf berpiawaian antarabangsa.
Manfaat dan Kelebihan Beautéssence Cerepron-F
- Membantu mempercepatkan proses pencerahan kulit dan wajah.
- Menggalakkan penghasilan kolagen secara semulajadi
- Membantu memudarkan jeragat dan parut jerawat
- Membantu memperbaharui sel-sel tubuh dan kulit
- Bertindak sebagai Agen Anti Penuaan agar kekal awet muda
- Mengekalkan keanjalan kulit wajah dan badan secara menyeluruh
- Membantu kulit menghalang radikal bebas seperti sinaran UV matahari
- Membantu penjagaan lapisan kulit dari dalam agar kesan selamat dan berpanjangan.
Beaunest – Minuman Kesihatan Sarang Burung Dengan Madu, Delima Dan Kurma
Minuman kesihatan ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu memulihara sel, sistem pernafasan dan organ dalaman tubuh. Selain membekalkan kecantikan pada kulit, Minuman Kesihatan Sarang Burung juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya membantu memperbaiki fungsi paru-paru.
Minuman kesihatan ini sangat istimewa dan rasanya yang enak kerana diperkaya dengan gabungan lima bahan utama iaitu Sarang Burung Asli, Kolagen Peptida, ekstrak Madu, Delima dan Kurma. Ia juga boleh diamalkan oleh semua peringkat umur.
Manfaat dan kelebihan BeauSiti Beaunest
- Menggunakan pemanis semulajadi madu dan kurma tanpa gula tambahan
- Tanpa bahan pengawet dan tiada pewarna tiruan
- mempunyai rasa yang sedap dan enak gabungan madu, delima, dan kurma
- meningkatkan keseluruhan sistem imuniti
- membantu menambahkan tenaga
- Meningkatkan penyembuhan dan pemulihan
- Menyokong serta menguatkan sistem pernafasan dan paru-paru