BEAUKIDS adalah minuman jeli yang sedap dan berkhasiat. Ia diperbuat dari Puri Strawberi dan multivitamin yang boleh membantu perkembangan otak dan meningkatkan sistem imun badan yang sihat.
Minuman jeli Beaukids Aafiyah dirumus khas menggunakan Puri Strawberi berkualiti tinggi dari Italy dan multivitamin (Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Folik) yang membantu dalam perkembangan otak dan sistem imun badan yang sihat.
Kandungan minuman jeli Beaukids Aafiyah adalah seperti berikut: Jeli berasaskan sumber tumbuhan, Air, Gula, Puri Strawberi, Vitamin (Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Folik) dan Pemanis (Sukralosa dan Acesulfame-K). Ia juga mengandungi ejen pemekat sebagai kondisioner makanan, bahan pengawet dan perisa yang dibenarkan.
Permohonan sijil HALAL (JAKIM) telah dihantar dan sedang diproses untuk kelulusan. Walau bagaimanapun, kesemua bahan yang digunakan dan cara pembuatan yang diamalkan bagi penghasilan produk minuman jeli Beaukids adalah mematuhi piawaian HALAL yang ditetapkan. Produk ini juga sudah mendapat kelulusan MeSTI. Kami menjamin produk kami adalah selamat untuk diminum.
Ya, dengan semua manfaat kesihatan dari bahan pemakanan semula jadi dan kandungan gula dalam jumlah sederhana – produk minuman jeli Beaukids Aafiyah akan menjadi pilihan minuman dan snek yang sihat dan boleh menggantikan makanan ringan yang tidak sihat.