Seiring memenuhi gaya hidup aktif, sihat dan moden, BeauSiti dan WonderLab telah menjalinkan kerjasama dan hadir dengan dua produk terbaru iaitu Beautéssence dan Beaunest yang bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran, bahkan juga untuk kesihatan.
Kolaborasi berkenaan merupakan detik bersejarah buat kedua-dua jenama dan amat signifikan buat WonderLab yang telah menceburi dalam segmen minuman kecantikkan buat julung kali.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International), Hoe Kian Choon (KC Hoe) mengatakan bahawa kolaborasi ini sesuai dengan misi WonderLab, jenama penjagaan kecantikkan syarikat CUCKOO International yang memberi tumpuan pada menggabungkan kesihatan dan kesejahteraan dalam rutin penjagaan kecantikan harian seseorang demi mengubah gaya hidup seseorang untuk menjadi lebih baik.
“Kerjasama dengan BeauSiti, jenama di bawah Datuk Seri Siti Nurhaliza juga merupakan lanjutan kerjasama baik bersama beliau yang juga merupakan Duta Jenama CUCKOO.
“Bagi menjayakan dan mempertingkatkan usaha kolaborasi ini, lebih daripada RM1 juta telah dilaburkan dalam media dan seterusnya dijangka akan mencapai dan memberi impak positif kepada lebih daripada 30 juta orang melalui papan iklan, KOL media sosial dan platform sosial hiburan,” ujarnya.
Menurut beliau, selain daripada itu kesedaran jenama juga akan dipertingkatkan dengan bantuan duta yang baru sahaja dilantik iaitu penyanyi dan pelakon terkenal Nabila Razali.
Sementara itu, Siti Nurhaliza juga mengatakan kolaborasi dan perlancaran produk ini amat bermakna dan ini hanyalah permulaan bagi kami untuk membolehkan lebih ramai mendapat gaya hidup yang lebih sihat.
Jelas beliau, pihaknya akan terus berkerjasama dengan WonderLab bagi melancarkan lebih banyak lagi produk-produk kesihatan dan kecantikkan bagi rakyat Malaysia pada masa akan datang.
“Selaras dengan usaha bagi membesarkan jenama dan mengembangkan pasukan, kami mengalu-alukan individu yang berbakat untuk menyertai pasukan kami sebagai Sitizen dengan BeauSiti atau sebagai Wonder Star dengan WonderLab, bagi berkongsikan rahsia kecantikan luaran dan dalaman kami kepada lebih ramai,” ujarnya.
Berkenaan kedua-dua produk berkenaan, ia sesuai dan dikhaskan bagi mereka yang ingin melengkapi kecantikan dan kesihatan, di mana Beautéssence merupakan produk minuman Botani No. 1, manakala Beaunest merupakan minuman kesihatan sarang burung dengan madu, delima dan kurma.
Mengimbas sedikit kembali penubuhan BeauSiti, jenama berkenaan telah dilancarkan pada bulan September 2019dengan hanya satu produk minuman kesihatan botani untuk wanita yang dinamakan Beautéssence.
Diasaskan setahun yang lalu, Beausiti diaspirasikan oleh penyanyi nombor satu negara itu yang ingin berkongsi ilmu dan rahsia kecantikan luaran dan dalaman beliau dengan semua golongan wanita tanpa mengira sempadan.
Sebagai wanita yang menjalani gaya hidup yang sibuk, BeauSiti adalah pemakanan yang ideal dan berkhasiat untuk pengurusan kesihatan dan kecantikan, luar dan dalam.
Beautéssence kini tampil dalam bentuk pek baru; didalam kotak yang bersaiz kecil dan dalam bentuk sachet. Ianya mudah dibawa kemana-mana dan diberi penambahbaikan dari segi formulasi. Bahan utama Beautéssence menggunakan Cerepron-F dari Jepun dapat membantu mencerahkan kulit sehingga 2 tona lebih cerah, dalam 60 hari sahaja.
BeauNest pula adalah rangkaian produk terbaru kedua iaitu Minuman Kesihatan Sarang Burung yang berasaskan sarang burung asli tanpa gula tambahan, bahan pengawet dan pewarna tiruan yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan makanan sunnah seperti madu, buah delima dan kurma.
Kedua- dua produk terbaru Beausiti x WonderLab menggunakan teknologi canggih terkini dan mempunyai rasa yang lebih segar. Ianya dipasarkan pada harga yang berpatutan dan berkualiti.
BeauSiti x WonderLab Beautéssence dijual dengan harga RM125.00 sekotak dan BeauSiti x WonderLab Beaunest berharga RM75.00 sekotak. – KopiPlanet.com